Thursday 16 June 2011

Apa nak jadi dengan jururawat sekarang ni????

KUALA LUMPUR: Bekas pembantu jururawat di sebuah hospital swasta hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan memperdagangkan seorang bayi perempuan berusia lapan bulan, tahun lepas.
Mengikut kertas pertuduhan, Ghulab Jan Abdul Jabir, 49, didakwa memperdagangkan bayi berkenaan bagi tujuan eksploitasi di Hospital Taj, No 492, Batu 3, Jalan Ipoh, Sentul di sini pada 2.10 petang, 1 Nov 2010.

Wanita itu didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nor Amalina Ismail menawarkan jaminan RM50,000 dengan dua orang penjamin beserta syarat tambahan iaitu pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah.

"Jaminan yang ditawarkan berpatutan kerana kes ini membabitkan sindiket penjualan bayi dan merupakan kesalahan yang serius," katanya.
                                                                                                                                                                                MyMetro,17.jun.2011

No comments:

Post a Comment